Tuesday, November 23, 2010

CONTOH KAJI SELIDIK: KEMISKINAN DAERAH SEBERANG PERAI UTARA

KAJI SELIDIK KEMISKINAN DAERAH SEBERANG PERAI UTARA
PENDAHULUAN
Kajian mengenai kemiskinan ini merupakan salah satu sasaran kerja saya yang telah saya rancang bagi tahun 2010. Kajian sebegini telah saya jalankan pada tahun-tahun sebelum ini dengan mengambil kumpulan sasaran yang terdiri daripada penduduk yang telah dikategorikan sebagai miskin dan miskin tegar oleh Pejabat Daerah Seberang Perai Utara. Namun begitu, hasil daripada kajian yang lalu, pihak Kolej Komuniti barasa kurang berpuas hati kerana senarai yang diterima adalah merupakan senarai lama dan sebilangan besar daripada penduduk yang tersenarai tidak lagi dapat dikategorikan sebagai penduduk miskin. Atas faktor tersebut, saya merasakan bahawa perlu untuk pihak Kolej Komuniti mengadakan satu lagi kaji selidik yang lebih tepat dan telus di mana kumpulan sasaran yang dipilih adalah kumpulan yang sememangnya layak untuk dikategorikan sebagai golongan miskin atau miskin tegar. Hasil kajian ini akan kami kumpulkan dan dikompilasikan untuk dihantar kepada pihak Pejabat Daerah Seberang Perai Utara untuk dipertimbangkan masuk ke dalam senarai penduduk miskin di daerah ini.

Objektif
Objektif saya mengadakan kajian ini adalah seperti berikut:
1. Kolej Komuniti akan berfungsi sebagai pusat bagi mendapatkan data yang perlu untuk digunakan oleh pelbagai pihak yang memerlukan bagi membangunkan komuniti setempat.

2. Data-data ini dapat dimuatkan di dalam e-data Kolej Komuniti sebagai salah satu kumpulan sasaran untuk kegunaan Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat, Kolej Komuniti.

3. Membantu komuniti yang memerlukan bagi mencapai matlamat penubuhan Kolej Komuniti iaitu memberi khidmat kepada komuniti setempat.

4. Mendapatkan skim bantuan dari kerajaan untuk membantu goongan yang memerlukan.

5. Melatih pelajar-pelajar berkomunikasi dengan betul dalam usaha membangunkan sahsiah diri mereka melalui subjek Pembangunan Diri 2 yang digabungkan dengan usaha murni ini.

6. Mengajukan data yang lebih tepat dan sesuai kepada Pejabat Daerah Seberang Perai Utara.
KAEDAH
Kaedah kajian adalah berdasarkan perancangan yang telah dijalankan sepanjang tahun 2010 .
TARIKH /BULAN AKTIVITI SESI JANUARI 2010

Januari 2010 - Febuari 2010
Pelajar Semester 2 Sesi Januari 2010 diberi taklimat mengenai aktiviti kelas Pembangunan Diri 2 yang melibatkan perolehan data mentah untuk kaji selidik ini.

Mac 2010
Pelajar dilatih dalam topik Kemahiran Berkomunikasi (salah satu topik di dalam Kelas Pembangunan Diri 2) tentang cara-cara untuk mendekati golongan miskin/miskin tegar.

Para pelajar diarahkan untuk mencari sasaran kaji selidik yang besesuaian iaitu punghuni rumah yang kelihatan daif dari perkampungan atau daerah masing-masing.


April 2010 Pelajar-pelajar diberi tugasan beserta surat kebenaran untuk menjalankan kajiselidik kemiskinan.

Para pelajar keluar mendapatkan maklumat dari rumah yang telah mereka pilih. Maklumat diperolehi dengan mengisi borang soal selidik yang telah disediakan.


Mei 2010 Pemulangan borang soal selidik beserta maklumat yang telah direkod dan juga gambar-gambar yang bersesuaian.

Pemarkahan diberi kepada pelajar-pelajar untuk subjek Pembangunan Diri 2.

Jun 2010 Kompilasi data mentah yang telah dikumpulkan dari pelajar.


TARIKH /BULAN AKTIVITI SESI JULAI 2010

Julai 2010 - Ogos 2010
Kemasukan pelajar baru Sesi Julai 2010

Pelajar diberi taklimat tentang Aktiviti Kerja Amal Pembangunan Diri 2 yang melibatkan golongan miskin hasil carian oleh kumpulan senior mereka (pelajar sesi Januari 2010).

Para pelajar mendapatkan dana dalam didalam bentuk wang dari sumbangan orang ramai pada bulan Ramadhan untuk dijadikan sumbangan hamper makanan. Aktiviti ini dinamakan ‘Ihya Ramadhan Bissunnah’.



September 2010
Hamper makanan diagih-agihkan oleh pelajar dan staf kepada golongan miskin berkenaan dalam satu acara tahunan pada setiap Ramadhan yang dinamakan ‘Ukhuwwah Aidil Fitri”


Oktober 2010
Dokumentasi hasil kajiselidik dilengkapkan dan dihantar kepada Pejabat Daerah SPU.

November 2010
Data dimasukkan kedalam e-data komuniti untuk pengkajian Pelan Strategik Kursus Pendek.

Disember 2010 Kertas-kertas kerja dibuat untuk mendapatkan sebarang peruntukan dari pihak kerajaan bagi memperbaiki kehidupan golongan miskin ini.



















SOALAN-SOALAN KAJISELIDIK KEMISKINAN
SOAL SELIDIK KOMUNITI
Bahagian 1 – Maklumat Diri dan Keluarga

1. Nama Ketua isi rumah :___________________________________________

4. Pekerjaan Ketua Keluarga :__________________________

5. Pendapatan bulanan (anggaran) :__________________________

6. Bilangan isi rumah :_____________ orang.

7. Tanggungan :_____________ orang.

8. Bilangan anak bersekolah :_____________orang

Bahagian 2 – Maklumat Kediaman

1. Alamat rumah :___________________________________________________

_____________________________________________________________________

2. No .telefon :__________________________

3. Jenis rumah : batu / kayu / kombinasi batu dan kayu / lain-lain

4. Pemilikan rumah : Sendiri / Sewa
5. Pemilikan tanah tapak rumah : Sendiri / Menumpang

6. Kawasan penginapan : Kampung / perumahan / Bandar / ladang

7. Lama menetap :_________________bulan / tahun

Bahagian 3 – Bantuan -bantuan
.
1. Adakah anda mendapat bantuan dari sebarang sumber / badan kerajaan? Ya / Tidak

2. Sekiranya jawapan adalah ‘Ya’, sila nyatakan sumber tersebut._________________

3. Berapakah nilai bantuan berkenaan dlm RM?___________________

4. Adakah anda mendapat bantuan dalam bentuk lain? Ya / Tidak

5. Apakah bentuk sumbangan berkenaan? _____________________
Nyatakan sumber bantuan berkenaan _______________________

6. Adakah anak anda mendapat bantuan pendidikan? Ya /Tidak

7. Apakah bentuk bantuan yang anak anda perolehi?
: wang / buku teks / makanan tambahan / lain-lain

8. Berdasarkan jawapan No 7, sekiranya bantuan berbentuk wang, sila nyatakan jenis dan nilai bantuan: ____________________

9. Bantuan apakah yang anda harapkan?______________________

10. Adakah anda tahu dari mana anda boleh memperolehi bantuan berkenaan?____________________

11. Adakah anda melakukan sebarang usaha untuk mendapatkan bantuan berkenaan?

Jika ‘Ya’, bagaimanakah usaha yang anda lakukan____________________________
Jika ‘Tidak’ , Kenapa anda tidak melakukan sebarang usaha?___________________

Bahagian 3 - Pandangan Penghuni Tentang Bantuan Yang Pernah / Sedang Diperolehi
(sekiranya berkaitan)

1. Adakah pendapatan dan sumbangan yang anda perolehi mencukupi untuk
menampung keperluan keluarga anda ? Ya / Tidak

2. Adakah sumbangan yang anda terima dalam bentuk (selain kewangan) dapat anda manfaatkan? _______________

3. Adakah apa-apa perubahan dalam suasana penghidupan anda sekeluarga setelah mendapat sumbangan berkenaan? Ya / Tidak

4. Sekiranya jawapan anda adalah ‘Ya’, bagaimanakah perubahan berkenaan _____________________________________________________________________

5. Adakah perubahan berkenaan berkekalan atau anda kembali kepada suasana asal tidak lama selepas perubahan itu? _____________________________________________________

6. Adakah anda merasakan keluarga anda perlu bergantung kepada bantuan pihak lain secara berkala untuk memperbaiki tarafkan kehidupan anda ?______________________

7. Adakah anda merasakan bahawa pihak yang membantu, bersungguh-sungguh dalam memberi bantuan kepada anda atau sekadar melepaskan batuk di tangga?______________________

Bahagian 4 - Keperihatinan Penduduk Sekitar / Keluarga Terhadap Penghuni Kediaman

1. Bagaimanakah pandangan masyarakat terhadap keluarga anda?___________________

2. Adakah mereka membantu anda ketika dalam kesempitan ? Ya / Tidak

3. Adakah mereka memberi perangsang dan semangat kepada anda untuk meneruskan hidup?
________________________

4. Pihak mana / siapakah yang sering membantu anda di saat kesempitan?_____________

5. Adakah kaum keluarga anda sering menziarahi? Sekali-sekala / Selalu / Tidak Pernah

6. Bilakah kali terakhir mereka menziarahi anda?________________

7. Adakah mereka membantu anda di saat kesusahan? Ya / Tidak


Bahagian 5 - Pembangunan Diri Penghuni Kediaman

1. Adakah anda selesa dengan suasana kehidupan anda sekarang?____________________

2. Sekiranya ‘Tidak’, penambah baikan manakah yang anda harapkan? (bulatkan jawapan)
i) Kediaman
ii) Kewangan
iii) Pendidikan
iv) Makan minum

3. Adakah anda pernah mencuba keluar dari suasana kehidupan anda? Ya / Tidak

4. Apakah tindakan yang anda lakukan?______________________________________

5. Berapa kalikah anda gagal dalam usaha anda?____________________

6. Adakah anda masih mengharap untuk berjaya atau pasrah dengan apa yang telah ditakdirkan?__________________

7. Apakah bentuk kemahiran yang anda rasakan perlu untuk menambah baik taraf kehidupan anda? (bulatkan jawapan)
i) Perniagaan
ii) Pertanian
iii) Pengilangan
iv) Kraftangan
v) Masakan
vi) ilmu kerohanian
vii) Motivasi
vii) lain-lain, nyatakan ______________


Bahagian 6 - Maklumat Tentang Kolej Komuniti

1. Apakah anda pernah mendengar tentang Kolej Komuniti? Ya / Tidak

2. Adakah anda tahu bahawa Kolej Komuniti ada menawarkan Kursus-kursus pendek? Ya / Tidak

3. Sekiranya ditawarkan kursus secara percuma, adakah anda ingin menyertai? Ya / Tidak

4. Adakah anda fikir bahawa kursus-kursus ini dapat membantu anda dalam memperbaiki taraf hidup anda? Ya / Tidak

5. Apakah jenis kursus yang ingin anda sertai? _________________________________


***Terimakasih kerana memberi kerjasama****

No comments:

Post a Comment