Tuesday, November 23, 2010

CONTOH KERTAS KERJA : SEIKHLAS BUDI KKTG (BERSAMA ANAK2 YATIM)

PENDAHULUAN

Pelajar-pelajar Kolej Komuniti Tasek Gelugor berhasrat untuk mengadakan program bersama anak-anak yatim BAKUN seperti berikut:

Tarikh : 20 Ogos 2010 (10 Ramadhan)
Hari : Jumaat
Masa : 3.00 ptg hingga 10.30 malam.
Tempat : Dimaklumkan kemudian oleh pihak BAKUN (Sekitar KULIM)

Program ini adalah merupakan program pelajar yang ketiga dijalankan bersempena kehadiran Ramadhan Al Mubarak. Program ini dijalankan dengan kerjasama Badan Amal Kebajikan NUN (BAKUN) yang bertempat di Kulim, Kedah. Pihak Kolej Komuniti Tasek Gelugor akan bertindak sebagai penganjur program dan pihak BAKUN pula bertindak sebagai pemudahcara dan menyediakan persiapan tempat.


MATLAMAT
Program ini diharapkan dapat mendidik hati para pelajar dan staf Kolej Komuniti Tasek Gelugor dalam aspek mensyukuri nikmat kasih sayang dan kekeluargaan yang dikurniakan Allah SWT. Di samping itu, pelajar dan staf juga dapat beramah mesra dengan anak-anak yatim BAKUN dan berbuka puasa bersama mereka.





OBJEKTIF

Pada akhir program, pelajar dijangka dapat:

1. Menghayati erti kasih sayang dan kekeluargaan.

2. Mensyukuri nikmat pemberian Allah dan bersifat qanaah.

3. Mengenali dan menghargai golongan yang kurang bernasib baik.

4. Menghayati sunnah Rasulullah pada bulan Ramadhan yang penuh barakah.

5. Membuat kebajikan dengan mengagihkan hadiah kepada anak-anak yatim.


Cadangan Aktiviti di Sepanjang Program

Tarikh : 20 Ogos 2010

2.30 ptg – Para pelajar berkumpul di Cafe KKTG.

2.45 ptg – Bertolak dari Kolej Komuniti dengan menaiki bas.

3.30 ptg – Tiba di Kulim.

3.35 ptg – Taklimat dari pihak BAKUN ( pengenalan tentang BAKUN)

4.00 ptg – Sesi pengenalan diri dan ramah mesra para pelajar dan anak
yatim.

4.45 ptg – Persediaan Solat Asar.

5.15 ptg – Tazkirah dari Bahagian Agama BAKUN ( Topik : Mensyukuri
nikmat berkeluarga)

7.00 mlm – Persediaan berbuka Puasa

8.00 mlm – Solat Maghrib dan penyampaian buah tangan / hadiah dari
pelajar KKTG kepada anak-anak yatim..

8.45 mlm – Persediaan Solat Isyak.

9.30 mlm – Majlis bersurai.



Bilangan Peserta
Pelajar = 47 orang.
Kakitangan = 11 orang (akan disahkan kemudian).
Jumlah = 58 orang. (akan disahkan kemudian).

Perbelanjaan Lawatan

1. Bayaran makan = RM 15.00 x 47 pelajar = RM705.00

Jumlah Keseluruhan Peruntukan diperlukan = RM 705.00







Penutup

Saya amat berharap agar pihak Kolej Komuniti Kepala Batas dapat meluluskan peruntukan bagi menjayakan Program Mekar Bersama KKTG ini. Kerjasama dari pihak kolej saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Disediakan Oleh:




(SITI MUREZA BT SHUIB)
PEGAWAI HAL-HAL PELAJAR
Kolej Komuniti Tasek Gelugor

________________________________________________________________________

Disokong Oleh:





(FATIMAH HJ SAIDIN)
KETUA JABATAN
Kolej Komuniti Tasek Gelugor


Senarai Nama Staf Yang Mengikuti Program Mekar Bersama KKTG

No. Nama Kelas Status



SENARAI NAMA PELAJAR YANG MENGIKUTI
PROGRAM MEKAR BERSAMA KKTG

BIL NAMA PELAJAR NO MATRIK KAD PENGENALAN

No comments:

Post a Comment