Tuesday, November 23, 2010

CONTOH KERTAS KERJA : PROGRAM KEUSAHAWANAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI TASEK GELUGOR 2010-2011

PENDAHULUAN

Keusahawanan merupakan satu bidang yang kini menjadi aspek utama dalam memastikan kemandirian pelajar-pelajar kolej komuniti di seluruh Malaysia. Berdasarkan keadaan ekonomi yang tidak menentu di seluruh dunia dewasa kini, aspek keusahawanan perlu ditanam di dalam diri setiap bakal graduan kolej komuniti dalam memastikan bahawa lepasan kolej ini mampu berdikari dan tidak hanya menanti kerjaya berpendapatan tetap yang semakin sukar diperolehi. Bak kata pepatah, ibarat menunggu buah yang tidak gugur. Graduan-graduan kolej patut disediakan dengan sifat jati diri yang positif dan berdaya saing, sentiasa bersemangat untuk mencuba dan sanggup mengambil risiko. Keusahawanan adalah satu bidang yang patut dipupuk sehingga sebati dengan diri pelajar kolej komuniti dan akhirnya lepasan kolej komuniti sendiri menjadi sinonim dengan aktiviti berkaitan dengan keusahawanan.

Justeru, Kolej Komuniti xxxx merasa terpanggil untuk menyediakan aktiviti yang berteraskan keusahawanan untuk pelajar –pelajar selagi mana mereka belajar di kolej ini. Tambahan pula, kursus yang ditawarkan dikolej komuniti xxxx iaitu kursus Bakeri dan Konfeksionari adalah kursus yang sangat berkait rapat dengan keusahawanan. Aktiviti –aktiviti keusahawanan amat mudah dijalankan bilamana kolej dapat menghasilkan produk-produk yang boleh dijual kepada orang ramai. Melalui inisiatif pensyarah dan pelajar-pelajar, banyak aktiviti dapat dijalankan sepanjang tahun dan satu takwim yang lengkap dan terperinci telah berjaya kami sediakan.




OBJEKTIF

Pada akhir setiap program, pelajar-pelajar dijangka dapat:

1. Mempraktikkan ilmu keusahawanan yang mereka pelajari secara teori di dalam
kursus-kursus keusahawanan yang telah diadakan.

2. Membina sifat yakin dan berani berhadapan dengan pelanggan.

3. Mempelajari selok-belok perniagaan secara amali dan merasai sendiri susah
senang alam perniagaan.

4. Merangka strategi yang dapat mereka jalankan apabila mereka tamat belajar
di xxxx

5. Membuat kebajikan dengan mengadakan jualan amal dalam usaha membantu
golongan yang kurang bernasib baik.

6. Mempelajari aspek kerjasama di dalam kumpulan (team work).


Cadangan Aktiviti di Sepanjang Semester Januari 2011

1. Melibatkan diri dengan pameran dan jualan jemputan dari agensi-agensi luar.
Contoh penglibatan sebelum ini adalah aktiviti pameran bersama KKKB di
Program Jom Riuh parlimen Kepala Batas, Jom Riuh parlimen Tasek Gelugor,
Karnival Jom Masuk U dan Pameran-pameran Kerjaya di sekolah-sekolah.

2. Mengadakan jualan produk melalui laman sesawang dan blog-blog serta pautan
dengan laman web rasmi kolej.

3. Promosi-promosi kumpulan melalui kaedah jualan langsung.


4. Jualan melalui kaedah letak barang di kedai-kedai.

5. Aktiviti jualan berdasar target, dengan pemberian modal kepada pelajar dan
setiap kumpulan pelajar diarahkan untuk menjana pendapatan melalui barang
dan kaedah jualan mengikut kreativiti masing-masing.

6. Mengadakan jualan-jualan amal di institusi kerajaan dan swasta bagi membantu
golongan yang kurang bernasib baik.

7. Mengadakan kursus-kursus keusahawanan yang berbentuk outreach
promotion strategy.

8. Mengadakan kursus berbentuk taklimat dari badan-badan yang mengadakan
peruntukan kerajaan.



















PERBELANJAAN PROGRAM

BIL AKTIVITI BIL AKTIVITI ANGGARAN PERBELANJAAN (RM)JUMLAH PERBELANJAAN

1 Jualan -padi pameran 10 kali 150.00 1500.00
2 Online order 100 order 15.00 1500.00
3 Outreach Promotion 10 kali 100.00 1000.00
4 Jualan berkumpulan 10 kumpulan 100.00 1000.00
5 Jualan Amal 10 kumpulan 100.00 1000.00
6 Jualan Letak Barang 5 kali 300.00 1500.00
7 Kursus Keusahawanan 2 hari 1500.00 x 2 3000.00
9 Taklimat Ins Kewangan 2 hari 1500.00 x 2 3000.00
10 Perbelanjaan luar jangkaan 20 kali 75.00 1500.00

JUMLAH KESELURUHAN 15,000.00

Jumlah Keseluruhan Peruntukan diperlukan
= RM xxxxx


Penutup

Saya amat berharap agar pihak pihak pengurusan dapat meluluskan peruntukan bagi menjayakan Program Keusahawanan Kolej Komuniti Tasek Gelugor 2011 ini. Kerjasama dari pihak kolej saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Disediakan Oleh:




(xxxxxx)
KETUA JABATAN
xxxx

________________________________________________________________________

Disokong Oleh:



(xxxx)
PENGARAH
xxxxxx


SENARAI NAMA PELAJAR YANG MENGIKUTI PROGRAM KEUSAHAWANAN KOLEJ xxxxx

BIL NAMA PELAJAR NO MATRIK KAD PENGENALAN
1

No comments:

Post a Comment