Tuesday, November 23, 2010

CONTOH KERTAS KERJA: PROGRAM SEIKHLAS BUDI KKKB

1.0 PENDAHULUAN

Program Seikhlas Budi KKKB merupakan salah satu daripada Program Bersama Komuniti yang masih dalam bentuk cadangan. Program ini merupakan program yang keempat telah dijalankan di KKKB yang berkonsepkan Pembasmian Kemiskinan. Sebelum ini terdapat 3 program yang pernah dijalankan iaitu Program Pembasmian Kemiskinan Bandar, Program Ihya Ramadhan Bissunnah dan Program Ukhuwwah Aidil Fitri. Program ini dipilih sebagai salah satu aktiviti KKKB lanjutan daripada kajian yang telah dijalankan oleh KKKB berkenaan penduduk miskin tegar di daerah Seberang Perai Utara (sila rujuk lampiran Hasil Kajian). Hasil kajian yang amat mengejutkan ini merupakan sumber utama yang dijadikan rujukan untuk pihak KKKB merangka satu aktiviti yang lebih menepati keperluan penduduk setempat, sekaligus dapat memperbaiki mutu perkhidmatan yang ditawarkan oleh KKKB kepada komuniti setempat. Program ini bersifat mesra rakyat kerana dalam program ini KKKB dapat mendekati komuniti yang memerlukan di samping mendapat faedah sampingan iaitu pembangunan diri pelajar dan staf.

2.0 RASIONAL
Tujuan KKKB mengadakan program seperti ini adalah kerana KKKB sebagai satu badan yang menyediakan perkhidmatan berteraskan komuniti perlu memberikan perkhimatan yang optima dan mencapai sasaran yang diharapkan oleh kerajaan. Apabila pihak KKKB membuat kajian dan mendapat satu hasilan menunjukkan terdapat di kalangan komuniti yang memerlukan sebarang jenis bantuan, maka KKKB harus mengambil tindakan-tindakan yang bertepatan dengan konsep perkhidmatan yang ditawarkan sekaligus tidak membazirkan peruntukan kerajaan. Kita maklumi bahawa telah begitu banyak peruntukan dikeluarkan untuk program Pembasmian Kemiskinan namun hasilnya kurang memberangsangkan. Selain itu juga, program ini dilihat amat bersesuaian dengan nilai-nilai pembangunan diri yang diterapkan di kalangan pelajar. Rata-rata pelajar KKKB terdiri dari kalangan yang agak mahir aspek teknikal tetapi kurang mengambil berat aspek sosial dan interpersonal. Program-program seumpamanya yang pernah dijalankan sebelum ini telah banyak memberi kesedaran di kalangan pelajar terutamanya nilai bersyukur, berkerjasama, kerja berpasukan dan lain-lain aspek penting pembangunan diri. Pelajar juga begitu seronok menjalankan kerja luar seperti ini berbanding terperap di dalam kelas semata-mata.
3.0 KONSEP
Konsep yang diterapkan di dalam aktiviti program ini adalah ‘memberi dan menerima’. Konsep ‘menang-menang’ ini adalah satu konsep yang sangat baik dan berupaya mendatangkan faedah yang optimum untuk semua kumpulan yang terlibat di dalam program ini. Empat pihak yang terlibat adalah Pengurusan KKKB, Pelajar Sepenuh Masa KKKB, Peserta Kursus Pendek KKKB dan golongan berpendapatan rendah dari daerah Seberang Perai Utara. Semua aktiviti yang akan diadakan di dalam program ini akan membabitkan keempat-empat pihak berkenaan kecuali sebahagian program di peringkat permulaan yang hanya melibatkan pelajar sepenuh masa sahaja.

4.0 Matlamat

Matlamat yang diharapkan bagi program ini adalah penambah baikan dalam perkhidmatan yang ditawarkan oleh KKKB, pembinaan sahsiah diri pelajar, pendidikan sepanjang hayat komuniti setempat dan juga menaik tarafkan kediaman dan kehidupan penduduk berpendapatan rendah di daerah Seberang Perai Utara.

5.0 Objektif

Pada akhir program:-

Peserta di kalangan penduduk berpendapatan rendah harapkan dapat:

1. Memiliki kediaman yang lebih sesuai didiami oleh seisi keluarga.
2. Memperbaiki taraf hidup mereka dengan bantuan yang diberikan oleh
pihak kerajaan melalui KKKB.
3. Menjalinkan hubungan yang baik dengan KKKB dan menjadikan KKKB sebagai
pusat rujukan untuk sebarang permasalahan.
4. Mempunyai pandangan yang baik terhadap hasrat dan aspirasi kerajaan.





Peserta di kalangan Pelajar diharapkan dapat:

1. Mensyukuri nikmat pemberian Allah SWT dengan apa yang telah mereka perolehi
di dunia ini berbanding golongan yang kurang bernasib baik.
2. Mempelajari teknik-teknik komunikasi berkesan dan interpersonal yang selaras
dengan silibus Pembangunan Diri.
3. Menjalinkan hubungan yang baik dengan golongan yang berbeza peringkat umur
dan taraf hidup.
4. Belajar memanfaatkan masa dengan sesuatu yang berfaedah dan juga aspek lain
seperti kerja bepasukan, pengendalian program dan lain-lain.


Peserta Kursus Pendek diharapakan dapat:

1. Mempelajari teknik-teknik pertukangan dan pemasangan rumah.
2. Mempelajari teknik-teknik pemasangan pendawaian elektrik.
3. Mempelajari teknik pengiraan umum projek renovasi.
4. Mendekati penduduk miskin secara realitinya.

KKKB akan dapat:

1. Menyediakan satu perkhidmatan yang menepati keperluan penduduk setempat.
2. Menambah baik perkhidmatan yang sedia ada.
3. Menjadi hub maklumat dan rujukan bagi komuniti setempat.










6. CADANGAN PROGRAM

Tarikh Mula Program : 1 Mac 2010
Tarikh Tamat Program : 30 November 2010

Program akan diadakan secara berperingkat dan berulang kali. Peserta program adalah orang yang berlainan. Secara umumnya program adalah seperti berikut:

Bulan Program / Aktiviti Mac 2010

- Pelajar-pelajar kursus Pembangunan Diri 2 bergerak di dalam kumpulan untuk
mengenalpasti kumpulan sasaran yang bersesuaian menjadi peserta program.
Mereka adalah terdiri daripada penduduk berpendapatan rendah di kawasan
masing-masing.

- Setelah peserta berjaya dikenalpasti, proses mendapat maklumat dengan cara
temuramah akan diadakan. Peserta akan disoal selidik dan gambar-gambar yang
membantu dalam pemilihan akan dirakamkan.

- Pelajar akan mendokumentasikan semua dapatan ini.

April-Mei 2010

- Pihak pengurusan akan mengenalpasti, merangka dan menguruskan program-program yang bersesuaian dengan komuniti berpendapatan rendah ini dengan mengintegrasikan program sebagai sebahagian kursus pendek. Di dalam program ini, peserta bukan sahaja dapat belajar kemahiran-kemahiran ini malah pemasangan sebenar dilakukan kepada rumah-rumah penduduk berpendapatan rendah. Pihak pengurusan juga memilih tenaga pengajar dan peserta kursus yang berminat. Contoh program adalah seperti berikut:
-
I) Kursus Pendek Pemasangan Bumbung Rumah.
II) Kursus Pendek Pendawaian Elektrik.
III) Kursus Pendek Pemasangan Kemasan Rumah
IV) Kursus Pendek Pemasangan paip dan Pembinaan Longkang


Jun-Oktober

Kursus-kursus akan dilancarkankan secara berperingkat.


November
Majlis pemberian alatan rumah penduduk perpendapatan rendah.




























7. PERBELANJAAN
Cadangan perbelanjaan program adalah seperti berikut:

Bil Program Peserta Anggaran Perbelanjaan (RM)

1
Program Kami Prihatin
Pelajar KKKB
Golongan berpendapatan rendah
5,000.00

2.
Kursus Pendek Pemasangan Bumbung Rumah.

Peserta Kursus pendek yang berminat
Pengurusan KKKB
Golongan berpendapatan rendah

25,000.00

3.
Kursus Pendek Pendawaian Elektrik.

Peserta Kursus pendek yang berminat
Pengurusan KKKB
Golongan berpendapatan rendah

25,000.00

4.
Kursus Pendek Pemasangan Kemasan Rumah

Peserta Kursus pendek yang berminat
Pengurusan KKKB
Golongan berpendapatan rendah

25,000.00

5.
Kursus Pendek Pemasangan paip dan Pembinaan Longkang
Peserta Kursus pendek yang berminat
Pengurusan KKKB
Golongan berpendapatan rendah

25,000.00

6.
Bantuan Kelengkapan asas bagi rumah penduduk berpendapatan rendah
Pengurusan KKKB
Golongan berpendapatan rendah
Wakil Rakyat kawasan terlibat
45,000.00
JUMLAH 150,000.00






8. SENARAI AHLI JAWATAN KUASA


PENAUNG
EN MOHD NASIR BIN ABD GHANI
PENGARAH KKKB


PENASIHAT
EN ABDUL LATIF BIN AHMAD


PENGARAH
PN FATIMAH BT HJ SAIDIN


SETIAUSAHA
SYAHIDAH BT ILIAS


AHLI JAWATAN KUASA
AJK KURPEN
PENSYARAH KKKB



9. PENUTUP
Adalah diharapkan agar semua pihak dapat memberikan sokongan dan kerjasama dalam merealitikan niat yang murni ini. Program yang berimpak besar begini memerlukan sokongan yang padu kerana ia tidak dapat dijalankan secara bersendirian. Bersesuiaian dengan pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, gabungan kekuatan setiap organisasi dan badan yang terlibat akan memberikan sinergi yang pasti sekali membuahkan hasil yang mengagumkan.

No comments:

Post a Comment