Monday, December 27, 2010

KERTAS KERJA PERMOHONAN PERUNTUKAN LANDSKAP

KERTAS KERJA PERMOHONAN
PERUNTUKAN LANSKAP xxxx


DISEDIAKAN OLEH;

xxxx
KETUA JABATAN
xxxxx

TARIKH DISEDIAKAN : 14 DISEMBER 2010


DISEDIAKAN OLEH:




………………………….
xxxx
Ketua Jabatan
xxxx


DISAHKAN OLEH:




………………………….
xxxx
Pengarah
xxxx


1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

xxxx xxxx telah ditubuhkan pada penghujung tahun 2009 di sebahagian unit lot kedai milik Jawatan Kuasa Pemandu Bumiputera (JKP) , Taman Air Tawar Indah, Teluk Air Tawar, Seberang Perai Utara. Bermula Januari 2010, xxxx xxxx telah memulakan operasi dengan menyediakan kursus-kursus pendek di bawah Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat. Kolej ini mensasarkan komuniti setempat sebagai peserta kursus-kursus yang telah dianjurkan sementara menanti kehadiran pelajar sepenuh masa yang akan memulakan sesi pembelajaran pada sesi Julai 2010. Kursus Bakeri dan Konfeksionari telah terpilih sebagai kursus yang akan ditawarkan di sini sebagai memenuhi hasrat Ahli Parlimen xxxx, Tan Sri xxxx yang mahukan kursus yang dapat membangunkan ekonomi komuniti setempat,. Kursus ini ditawarkan untuk pelbagai peringkat iaitu Sijil sepenuh masa, Sijil Modular Kebangsaan, Sijil Modular Separuh Masa dan Kursus-kursus Pendek.

1.2. Lokasi xxxx xxxx

Lokasi Kolej xxxx merupakan satu aset penting yang boleh dieksploitasikan dalam usaha mempromosi Kolej xxxx ini kepada penduduk setempat khasnya komuniti Parlimen xxxx. Kedudukannya yang strategik iaitu di hadapan jalan persekutuan yang menghubungkan Butterworth, Kepala Batas dan Sungai Petani akan memudahkan proses transportasi dan dijangka dapat menarik ramai pelajar untuk menyambung pengajian di sini. Selain itu, kedudukannya yang terletak bersebelahan dengan premis perniagaan dijangka menjadi daya tarikan kepada pelajar yang lazimnya mahukan kemudahan untuk mendapatkan barangan keperluan harian.

Namun begitu, dari satu aspek lain unsur ini juga menjadi penghalang yang bakal mengganggu kelancaran operasi kolej sekaligus menyebabkan berlaku banyak permasalahan lain sekiranya tindakan yang tepat tidak diambil.

Antara kelemahan yang menjadi faktor mengurangkan kemantapan kolej xxxx ini adalah faktor keceriaan yang kurang memberansangkan. Jika dilihat dari satu sudut pandangan yang biasa bagi pengguna jalan raya, kolej ini hampir-hampir tidak kelihatan atau tidak disedari kewujudannya kerana kedudukannya yang terlindung oleh rimbunan pokok-pokok teduhan yang ditanam di sepanjang jalan. Selain itu juga terdapat penghadang parit dan gerai-gerai yang benar-benar mencacatkan pandangan kolej.

Selain itu, suasana komersial yang berterusan sepanjang hari akibat aktiviti premis perniagaan dan pasaraya yang terlalu dekat dengan kolej sedikit sebanyak mengurangkan suasana keharmonian yang amat diperlukan oleh institusi pendidikan. Ini dapat kita lihat apabila tiba waktu perdana bagi aktiviti perniagaan seperti petang dan malam. Susur keluar di hadapan kolej akan dipenuhi dengan kenderaan-kenderaan milik pelanggan pasaraya yang meletakkan kenderaan mereka sesuka hati akibat kekurangan parkir. Keadaan ini bukan sahaja bising dan melemaskan malah rasa kepunyaan (belonging) keatas ruang di hadapan kolej hilang sama sekali kerana setiap pengguna jalan raya merasakan mereka berhak untuk meletak kenderaan mereka di mana sahaja. Justeru, satu rekabentuk yang menimbulkan kesan pengasingan (isolation effect) dan pemilikan ruang (sense of belonging) perlu diaplikasikan bagi mencetuskan perasaan mengambil peduli di kalangan pengguna jalanraya.

Sehubungan itu, kertas kerja ini disediakan bertujuan mengemukakan cadangan membaik pulih pandangan hadapan kolej di samping menaik tarafkan ruang perkarangan kolej dengan mengadakan projek lanskap dan menyediakan parker motosikal yang secukupnya untuk kegunaan pelajar dan staf kolej xxxx. Cadangan yang dikemukakan ini juga akan melampirkan bajet yang diperlukan untuk tujuan pembinaan projek berkenaan.


2.0 Perincian Permasalahan

2.1 Pemerhatian
Berdasarkan beberapa faktor di atas, pihak kami telah merangka beberapa cadangan yang dapat membantu kami mengambil tindakan awal sebagai persediaan untuk membina lanskap yang bersesuaian bagi menyelesaikan masalah-masalah yang dibincancangkan sebelum ini.

1. Masalah pemandangan dan suasana kolej.

Pihak kami telah menyediakan Pelan Cadangan Lanskap yang bersesuaian untuk menyelesaikan masalah ini. Pelan cadangan lanskap ini bukan sahaja mengambilkira aspek keceriaan kawasan sekitar malahan ia juga menempatkan dataran yang dapat dijadikan ruang legar kepada pengunjung, pelajar dan komuniti setempat yang memerlukan untuk berehat atau berbincang di sini. Pelan ini juga telah direkabentuk dengan meletakkan beberapa elemen yang akan memberi gambaran kepada pengguna jalan raya bahawa ruang ini adalah milik komuniti yang wajar dihormati agar mereka tidak sewenang-wenangnya meletak kenderaan sehingga mengganggu lalulintas atau membuang sampah sarap sehingga mencacatkan pemandangan kolej.

Bagi merealisasikan cadangan ini, kami telahpun berbincang dengan pihak berkuasa tempatan tentang pembinaan ruang lanskap yang akan mengguna pakai ruang milik pihak berkuasa tempatan dan JKR. Sehingga kini penerimaan kedua-dua pihak ini tentang cadangan pembinaan lanskap ini adalah positif.


2. Masalah kekurangan parkir motosikal.

Sebagaimana yang pihak tuan sedia maklum, pihak kami memerlukan ruang yang banyak untuk meletakkan motosikal memandangkan kami berurusan secara langsung dengan pelajar-pelajar sepenuh masa, modular dan komuniti setempat yang hadir untuk kursus-kursus pendek di sini.

Bagi menyelesaikan masalah ini, pihak kami telah merangka satu cadangan yang sangat praktikal iaitu mengguna pakai ruang longkang tadahan monsun dan rezab jalan sebagai tempat meletak motosikal. Ruangan ini akan ditutup dengan menggunakan papak konkrit tetulang yang mematuhi spesifikasi yang ditetapkan di dalam undang-undang seragam bangunanan (building bylaw).

3.0 CADANGAN PENGGUNAAN BAHAN BINA

Bagi menjadikan ruang hadapan kolej ini sebagai ruang serbaguna yang menintegrasikan konsep taman, ruang parkir motosikal, ruang legar, ruang santai dan tempat berbincang pelajar-pelajar kolej, aspek astetik dan praktikal bahan yang digunakan perlu diambil kira. Bahan yang dicadangkan sebagai lantai di kawasan rizab jalan adalah bata blok (interlocking blok). Bahan ini agak mahal sedikit berbanding dengan bitumen pracampur namun hasil yang dikehendaki adalah lebih mendekati konsep yang diterapkan dalam pembinaan lanskap ini.

Selain itu kombinasi di antara elemen lanskap kejur seperti kerusi batu, planter box, lampu taman dan dan lanskap lembut seperti pokok palma, tumbuhan renek dan tutup bumi akan menampilkan hasil yang menepati konsep taman awam yang bersesuaian dengan keperluan komuniti setempat.



4.0 Anggaran kos

Setelah mengambilkira keperluan di atas, pihak Kolej xxxx mencadangkan agar kerja-kerja di bawah dijalankan:

a. Kawasan parkir – Pasangkan papak konkrit tetulang yang bersesuaian menutupi ruang longkang tadahan monsoon.

b. Lanskap – bina dataran yang berlantaikan blok interlocking dengan beberapa kerusi batu dan satu mercu tanda kolej komuniti yang dikelilingi tumbuhan renek yang bersesuaian. Beberapa lampu hiasan taman dan kotak tanaman (planter box) yang ditanam dengan pokok palma juga disediakan di ruangan ini.

Anggaran kos untuk kerja-kerja lanskap yang dijalankan:
SEPESIFIKASI KERJA

BIL KETERANGAN UNIT KUANTITI HARGA
RM/unit JUMLAH
RM

1.0

1.1

1.2




2.0

2.1


2.2



2.3



2.4


2.5



2.6


2.7



2.8



2.9
Kerja Awalan

Insuran Kerja

Kerja-kerja membersih kawasan semak dan pokok-pokok serta membuang sampah ke tempat yang dibenarkan


Kerja Premix

Kerja-kerja menggali dan membuang tanah sedia ada sehingga mencapai aras yang dikehendaki

70mm tebal lapisan pasir serta kerja-kerja mengaras dan memampat ke ketebalan yang dikehendaki

500mm tebal lapisan ‘crusher run’ serta kerja-kerja mengaras dan memampat ke ketebalan yang dikehendaki

Membekal dan meratakan satu lapisan ‘bituminous prime coat’ pada seluruh kawasan

75mm tebal ‘binder course premix’ serta merata, mengaras dan memampat kepada aras yang dikehendaki

Membekal dan meratakan satu lapisan ‘track coat’ pada keseluruhan kawasan

60mm tebal ‘wearing course premix’ serta merata, mengaras dan memampat kepada aras yang dikehendaki

Membekal dan mengecat ‘gloss paint’ pada bebendul jalan sedia ada berselang seli warna putih dan hitam

Menutup longkang dan membina tempat letak motosikal dan laluan melintas berhalangdan berpagar ke bahu jalan



4.1

Kerja Landskap

Kerja-kerja menggali dan membuang tanah sedia ada sehingga mencapai aras yang diperlukan serta menyediakan tapak tanaman dan tanah yang sesuai

Membekal dan memasang ‘paver block’ dengan lapisan asas yang diperlukan

Membina ‘planter box’ dari bata serta melepa dan mengecat seperti yang diarahkan

Membina laluan jenis ‘chequare plate’ seperti dalam lukisan

Membekal kerusi santai/kerusi taman (garden bench) dari jenis batu atau besi tahan karat mengikut kesesuaian pelanggan

Membekal dan menanam pokok dalam ‘planter box’ mengikut kesesuaian termasuk penyelenggaraan selama satu tahun

Membekal dan menanam pokok carpentaria acuminate serta tanah dan baja yang cukup

Membekal pasu bunga mengikut saiz pokok



Lain-lain

Membina tembok tanda nama kolej seperti yang digambarkan

5.0 PENGECUALIAN

Pihak kami telah mendapati bahawa semua kerja-kerja ini adalah di luar daripada skop penyelenggaraan bangunan. Oleh itu, dalam keadaan ini, pihak pengurusan kami mencadangkan agar bajet ini dikecualikan dari menggunakan sumber kewangan kolej. Kami mencadangkan agar peruntukan yang berasingan dipertimbangkan untuk tujuan kerja-kerja pembinaan ini.


6.0 KESIMPULAN

6.1 Bardasarkan permasalahan di atas, dimohon agar cadangan ini diluluskan untuk menjadikan kolej ini lebih berdaya saing dan memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada komuniti setempat.

6.1 Kesemua kerja-kerja di atas adalah diklasifikasi sebagai renovasi yang memerlukan bajet
yang berasingan untuk menyempurnakan kerja.

No comments:

Post a Comment