Tuesday, May 10, 2011


Program Masih Ada Yang Sayang di Kompleks Warga Emas Darul Hanan, Tasek Gelugor, Pulau Pinang



Pada hari Selasa, 21 Mei 2011, seramai 43 orang pelajar dari Kelas SPA 206 - Pembangunan Diri 2 beserta 3 orang pensyarah pengiring telah  mengadakan Program Masih Ada Yang Sayang di Kompleks Warga Emas Darul Hanan, Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Program ini merupakan salah satu daripada kriteria pemarkahan bagi penilaian berterusan pelajar Kursus Bakeri dan Konfeksioneri yang mengambil modul ini pada sesi Januari 2011. Di dalam program ini, pelajar-pelajar diterapkan dengan kemahiran dan teknik komunikasi yang telah mereka pelajari di dalam kelas.


Darul Hanan adalah sebuah institusi yang dibina khas bagi menempatkan sebilangan warga emas yang tinggal sebatang kara atau tiada waris yang sanggup mengambil tanggung jawab untuk menjaga mereka. Institusi ini adalah institusi milik kerajaan negeri yang berfungsi menjaga kebajikan rakyat negeri yang kehilangan tempat pergantungan. Bersesuaian dengan hasrat kerajaan memupuk sikap prihatin di kalangan rakyat dan sejajar dengan kempen ‘semakin hari semakin sayang’, institusi ini bangkit membantu golongan yang terpinggir dari institusi keluarga yang sempurna. Selain itu, institusi ini juga secara tidak langsung mengekalkan budaya hormat menghormati terutamanya kepada warga tua yang merupakan teras masyarakat di negara ini.



Antara acara yang diadakan semasa program berlangsung adalah sesi perkenalan dengan penghuni dan staf Darul Hanan, sesi permainan tradisonal seperti Permainan Musang Berjanggut, pertandingan anyam ketupat, pertandingan dam haji , pertandingan carrom dan pertandingan karaoke nasyid dan lagu-lagu nostalgia. Acara yang dipertandingkan ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari warga emas dan terdapat ramai juga diantara warga emas yang memenangi acara yang dipertandingkan.  Warga emas kelihatan begitu ceria di sepanjang masa program dijalankan. Kemuncak program adalah sesi kenduri bersama warga emas dan diselangi dengan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang.


Laporan oleh :


Puan Fatimah bt Hj Saidin
Pensyarah Modul SPA 206 – Pembangunan Diri 2

CONTOH KERTAS KERJA

PENDAHULUAN


Kelas SPA 206 - Pembangunan Diri 2 dari Kolej Komuniti Tasek Gelugor bercadang untuk mengadakan Program Masih Ada Yang Sayang di Komplks Warga Emas Darul Hanan, Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Program ini merupakan salah satu daripada kriteria pemarkahan bagi penilaian berterusan pelajar Kursus Bakeri dan Konfeksioneri yang mengambil modul ini pada sesi Januari 2011. Di dalam program ini, pelajar-pelajar diterapkan dengan kemahiran dan teknik komunikasi yang telah mereka pelajari di dalam kelas. Maklumat lawatan adalah seperti berikut:


            Tajuk Program   : MASIH ADA YANG SAYANG

            Tarikh Tentatif  : 21 Mei 2011

            Masa                : 9.00 pagi hingga 1.00 tgh

            Tempat              : Kompleks Darul Hannan, Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

            Bil Pelajar         : 43 orang

            Bil Pensyarah    : 2 orang

            Bil Markah       : 20 markah



PENGENALAN


Darul Hanan adalah sebuah institusi yang dibina khas bagi menempatkan sebilangan warga emas yang tinggal sebatang kara atau tiada waris yang sanggup mengambil tanggung jawab untuk menjaga mereka. Institusi ini adalah institusi milik kerajaan negeri yang berfungsi menjaga kebajikan rakyat negeri yang kehilangan tempat pergantungan. Bersesuaian dengan hasrat kerajaan memupuk sikap prihatin di kalangan rakyat dan sejajar dengan kempen ‘semakin hari semakin sayang’, institusi ini bangkit membantu golongan yang terpinggir dari institusi keluarga yang sempurna. Selain itu, institusi ini juga secara tidak langsung mengekalkan budaya hormat menghormati terutamanya kepada warga tua yang merupakan teras masyarakat di negara ini.

OBJEKTIF


Di akhir program lawatan ini, pelajar dijangka dapat:


1.       Mempraktikkan teknik Komunikasi Berkesan yang dipelajari di dalam kelas SPA206 – Kelas Pembangunan Diri 2.


2.       Bekerjasama dalam satu pasukan untuk mengendalikan kerja-kerja dan pertandingan yang memerlukan team work yang sempurna.


3.       Mempraktikkan ‘Komunikasi Interpesonal’ dalam suasana yang mencabar di mana kumpulan sasaran praktikal adalah warga emas yang terputus hubungan kasih sayang dengan keluarga masing-masing.


4.       Menerapkan rasa simpati, empati, kasih sayang dan keprihatinan kepada golongan kurang bernasib baik dan terpinggir.


5.       Menanam rasa syukur kepada Tuhan atas segala nikmat yang telah dikurniakan melalui observasi terhadap golongan kurang bernasib baik.


6.       Melalui pengalaman menarik yang dijangka dapat memberikan banyak faedah kepada para pelajar.


7.       Mengembirakan golongan tua yang kesunyian dengan aktiviti yang menceriakan.


8.       Menyambung silaturrahim dengan nenek dan datuk angkat mereka pada  

         masa akan datang.



ATURCARA PROGRAM


TARIKH
AKTIVITI
21 Mei 2011
(Sabtu)
09.00 pagi – Bertolak menaiki bas ke Komplek Darul Hanan, Tasek Gelugor,
                     Sebarang Perai Utara, Pulau Pinang.
09.30 tgh   – Ucapan dan taklimat dari Pihak Darul Hanan.
10.00 ptg   – Sesi perkenalan dengan datuk dan nenek angkat (berkumpulan).
10.30 mlm – Sesi Pertandingan Permainan Tradisional antara 
                     kumpulan.
1.    Permainan Musang Berjanggut (Lelaki & Wanita)
2.    Pertandingan Anyam Ketupat (Wanita sahaja)
3.    Pertandingan Dam Aji (Lelaki sahaja)
4.    Pertandingan Carrom (Lelaki sahaja)
5.    Pertandingan Karaoke Nasyid dan Lagu Nostalgia.
      (Lelaki dan Wanita)
12.00 tgh – Kenduri bersama warga tua diselangi penyampaian hadiah kepada  
                   pemenang.
1.00 tgh -   Program tamat.



ANGGARAN PERBELANJAAN


Berikut adalah anggaran peruntukan yang dipohon untuk membiayai pelajar di sepanjang program di Kompleks Darul Hannan, Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara.


BIL
ITEM
HARGA/PELAJAR (RM)
BILANGAN
BIL HARI
JUMLAH
1
MAKAN
16.00
43
1 HARI
688.00
Jumlah Keseluruhan
688.00

AHLI JAWATANKUASA PROGRAM MASIH ADA YANG SAYANG


PENAUNG

PENGARAH

Kolej Komuniti Tasek Gelugor


PENGARAH

Pn Fatimah bt Hj Saidin


SETIAUSAHA

Nur  Amira bt Hashim


BENDAHARI

Suhaili bt Mohd Salim


AJK JAMUAN

Ilya Amirah bt Hamid (K)

Kumpulan 1


AJK AKTIVITI

Ahmad Izharuddin bin Ahmad Kamal (K)

Kumpulan 2


AJK KEBAJIKAN

Mohd Fahmi bin Zulkarnain (K)

Kumpulan 3


AJK KEBERSIHAN

Mohamad Izzat bin Ishak (K)

Kumpulan 4


AJK TUGAS-TUGAS KHAS

Wan Muhammad Affan bin Wan Saidin (K)

Kumpulan 5


PENGACARA MAJLIS

Azman Syah bin Mohd Yusoff


PENUTUP

Adalah diharapkan agar pihak tuan sudi mempertimbangkan permohonan peruntukan kami ini. Peruntukan ini amat diperlukan oleh pihak kami dalam membantu menjayakan program  pelajar di Kompleks Darul Hannan, Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Segala bantuan dari pihak tuan kami dahului dengan ucapan terima kasih.


Sekian.

 Disediakan oleh:

(FATIMAH BT HJ SAIDIN)
Pengarah
Program Masih Ada Yang Sayang
Kolej Komuniti Tasek Gelugor
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia


___________________________________________________________________________


Disemak oleh :


(EN ANUAR BIN HAMID)
Pegawai Hal Ehwal Pelajar (Kebajikan dan Disiplin)
Kolej Komuniti Kepala Batas
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia 

___________________________________________________________________________


Disahkan oleh:


(En Mohd Nasir bin Abd Ghani)
Pengarah
Kolej Komuniti Kepala Batas
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia




















































1 comment: