Tuesday, May 10, 2011

KERTAS KERJA PERMOHONAN PERUNTUKAN PELAJAR BERTUGAS DI MAJLIS KONVOKESYEN

PENGENALAN

Majlis Konvokesyen Kali ke-8, Kolej xxxxx Negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang akan dilangsungkan pada 17 April 2011 sehingga 18 April 2011 bertempat di Dewan Wawasan, Jitra, Kedah Darul Aman. Majlis ini bertujuan meraikan kejayaan para pelajar Kolej xxxxx bagi Kohort 15 dan Kohort 16 yang telah melalui sesi pembelajaran selama 2 tahun untuk pelbagai kursus yang ditawarkan di 7 buah kolej induk dan 4 buah kolej cawangan di sekitar zon utara semenanjung.

Bagi menyambut majlis konvokesyen pada kali ini, Kolej xxxx telah dipilih sebagai Jawatan Kuasa Jamuan VIP dan Snek Pelajar. Dalam jawatan Kuasa ini, Kolej xxxx dimohon menyediakan jamuan tengahari untuk VVIP, VIP dan Petugas Konvo, menyediakan snek pelajar untuk lulusan dan refreshment untuk VVIP pada waktu permulaan sesi penyampaian sijil.

Bagi melancarkan tugas-tugas sebagai jawatan kuasa jamuan ini, Kolej xxxx telah melilih seramai 11 orang pelajar untuk membantu tugas-tugas menyedia dan menghidang di Dewan Wawasan, Jitra, Kedah Darul Aman. Justeru, pelajar-pelajar ini distesyenkan di dua buah Homestay yang terletak di Jalan Langgar, Alor Setar, Kedah Darul Aman.



OBJEKTIF

Di akhir majlis konvokesyen ini, pelajar dijangka dapat:

1. Mempraktikkan teknik hidangan VVIP yang memerlukan protokol dalam penyediaannya.

2. Bekerjasama dalam satu pasukan untuk mengendalikan kerja-kerja yang memerlukan team work yang sempurna.

3. Didedahkan dengan suasana yang bersesuaian dengan alam pekerjaan yang bakal dihadapi oleh para pelajar pada masa yang akan datang.

4. Bersama-sama membantu pensyarah menyediakan keperluan yang ditugaskan.

5. Melalui pengalaman menarik yang dijangka dapat memberikan banyak faedah kepada para pelajar.










ATURCARA PROGRAM

TARIKH AKTIVITI
16 April 2011

11.00 pagi – Bertolak menaiki bas Kolej yyyyy ke Dewan Wawasan Jitra.
01.00 tgh   – Memulakan tugas di Dewan Wawasan, Jitra.
06.00 ptg   – Bertolak pulang ke penginapan di Starvilla Homestay
di Jalan Langgar.
07.00 mlm – Bermalam di Starvilla Homestay.

17 April 2011
07.00 pagi – Bertolak menaiki kenderaan kolej dari Starvilla
Homestay ke Dewan Wawasan Jitra.
07.30 tgh   – Memulakan tugas di Dewan Wawasan, Jitra.
06.00 ptg   – Bertolak pulang ke penginapan di Starvilla Homestay
di Jalan Langgar.
07.00 mlm – Bermalam di Starvilla Homestay.

18 April 2011
07.00 pagi – Bertolak menaiki kenderaan kolej ke Dewan
Wawasan Jitra.
07.30 tgh   – Memulakan tugas di Dewan Wawasan, Jitra.
02.00 ptg   – Pulang ke Kolej xxxx .



ANGGARAN PERBELANJAAN

Berikut adalah anggaran peruntukan yang dipohon untuk membiayai pelajar selama 3 hari 2 malam bertugas sempena Majlis Konvokesyen Kolej xxxx Negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang kali ke-8 .

BIL     ITEM                 HARGA/PELAJAR (RM)     BILANGAN    BIL HARI           JUMLAH
1         MAKAN            16.00                                          11                  3 HARI               528.00
2        PENGINAPAN   20.00                                          11                  2 HARI               440.00
Jumlah Keseluruhan 968.00












AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

PENASIHAT
Pn xxxxxxxxxxxxx

SETIAUSAHA
Pn yyyyyyyyyyyyy

BENDAHARI
Cik zzzzzzzzzzzzzzz

AJK JAMUAN
Cik rrrrrrrrrrrrrrr

AJK GERAI
En hhhhhhhhhhhhhhhhh

AJKK (11 Orang Pelajar)
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.


PENUTUP

Adalah diharapkan agar pihak tuan sudi mempertimbangkan permohonan peruntukan kami ini. Peruntukan ini amat diperlukan oleh pihak kami dalam membantu menjayakan program pelajar di Majlis Konvokesyen Kolej xxxx Negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang pada kali ini. Segala bantuan dari pihak tuan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.















Disediakan oleh:





(xxxxxxxxxxxx)
Penasihat
Program Pelajar
Majlis Konvokesyen Kolej xxxx Negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang kali ke-8
Kolej xxx
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

___________________________________________________________________________

Disemak oleh :





(yyyyyyyyyyyyyyyyy)
Pegawai Hal Ehwal Pelajar (Kebajikan dan Disiplin)
Kolej xxxx
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

___________________________________________________________________________

Disahkan oleh:





(zzzzzzzzzzzzzzzzzz)
Pengarah
Kolej xxxx
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

No comments:

Post a Comment